AKTIVITI

AKTIVITI MUSOLLA 1 )Bacaan Yassin Tahun 6Pada setiap tahun bacaan yassin untuk tahun 6 bermula pada minggu kedua bulan Januari bagi mendapat keberkatan dari Allah Taala.Selain itu juga bagi mendisiplinkan murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.Penilaian Selepas ProgramProgram ini telah berjaya dijalankan dan melahirkan Imam Muda dari kalangan murid untuk mengetuai bacaan yassin.2) Bacaan Yassin Dan Solat Hajat Perdana Tahun 6Bacaan yassin dan solat hajat perdana peringkat sekolah juga telah diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan lagi hubungan guru , murid dan ibu bapa. Program ini juga bagi memohon restu ibu bapa dan guru.Penilaian Selepas ProgramProgram ini telah berjaya dijalankan dan ramai ibu bapa yang hadir untuk mendoakan anak-anak mereka. Pada tahun ini juga ramai ibu bapa yang member sumbangan makanan untuk majlis ini yang telah dijalankan disekolah.3)TasmiProgram ini dijalankan bagi murid-murid Islam yang lemah dalam bacaan Al- Quran. Program ini telah berjaya dijalankan pada setiap hari persekolahan dari Januari sehingga Oktober  oleh guru GPI dan JQAF.Penilaian Selepas ProgramHampir 70% murid yang lemah dapat dipuluhkan dengan adanya program ini.4) Khemah Ibadah Khemah Ibadah adalah khusus untuk tahun 6 bagi menghadapi UPSR. Program ini dijalankan bagi member motivasi serta jati diri murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Penilaiaan Selepas Program Terdapat perubahan sikap pada diri murid semasa belajar dan berinteraksi dengan guru.5) Sambutan Maal Hijrah Sambutan ini telah berjaya dijalankan disekolah dan juga penduduk setempat Bukit Jelutong dengan berarak dari Dataran D Bayu hingga ke Masjid.Penilaian Selepas ProgramProgram ini mendapat sambutan dari murid yang tinggal disekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong.6) Sambutan Maulidur Rasul Sambutan hari kebesaran ini dijalankan didalam kelas dengan mengadakan kuiz bagi tahap dua dan tahap satu mewarna poster. Penilaian Selepas program Dengan adanya sambutan ini murid dapat memperingati sirah Rasulullah dan tmencontohi peribadi baginda.7) IsraMikrajSambutan hari kebesaran in hanya dijalankan ditapak perhimpunan dengan memberi ceramah untuk muri tahap dua dan tahap satu disebelah petang.Penilaian Selepas programProgram ini telah berjaya memberi kesedaran kepada murid tentang betapa besarnya kuasa Allah.8)Nisfu SyaabanSambutan Nisfu Syaaban telah dijalankan ditapak perhimpunan dan dewan bagi murid petang. Program ini dijalankan pada sepuluh Syaaban bagi member sumbangan kepada anak yatim.Penilaian Selepas programMurid dapat menyatakan kelebihan bulan Syaaban dan bagi yang mendapat bantuan mereka merasa dihargai.9) Ihya’Ramadhan Sambutan Ramadhan bermula dengan tazkirah pendek dari setiap guru  Pendidikan Islam pada setiap hari bagi sesi pagi dan petang. Seterusnya Tadarus Al-Quran dijalankan pada pukul 8.00 am hingga 10.00 am dan 4.30 hingga 5.30pm bagi sesi petang pada setiap hari persekolahan bagi sesi pagi dan petang. Penilaian Selepas Program Program ini telah berjaya menyemai sifat berdisiplin dikalangan murid dan sentiasa berwaspad pada bulan Ramadhan.10) Khatam Al- Quran dan Sambutan Hari Raya Khatam Al- Quran dan Sambutan Hari Raya disambut serentak diperingkat sekolah. Murid tahun 6 dan tahun tiga dipilih untuk mengetuai Khatam Al-Quran . Penilaian Selepas Program Program ini telah berjaya dijalankan dan murid merasa gembira menyambut Hari Raya kerana   mereka dapat memakai pakaian tradisional perayaan setiap kaum di Malaysia.11) Kursus Imam Dan Bilal Kursus ini dijalankan untuk tahun enam, lima dan  semua pengawas musolla dan ianya adalah wajib. Tujuannya adalah untuk melatih murid menjadi pemimpin dalam solat. Penilaian Selepas Program Kursus ini berjaya melatih pengawas musolla dan murid tahun lima untuk menjadi Imam bagi memimpin solat lima waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan