PENGENALAN

Muqaddimah
Laman blog Musolla al-Iman ini adalah cetusan idea daripada Ketua Panitia yang menganjurkan supaya diterbitkan laman blog untuk alam maya.
Laman blog ini diusahakan adalah dengan hasrat untuk mencapai objektif seperti berikut :



a. Menyediakan sumber maklumat alternatif untuk semua guru dan pelajar sekolah ini.


b. Memperkenalkan surau utama di sekolah ini kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum
c. Memaparkan laporan ringkas aktiviti-aktiviti di bawah naungannya 
d. Menyediakan 'one stop centre' pautan website berkaitan Pendidikan Islam
e. Menyampaikan pelbagai maklumat dan tazkirah dari semasa ke semasa
f.  Memberi pendedahan kepada pelajar perkembangan isu-isu semasa



Visi Musolla al-Iman
Musolla al-Iman Sekolah kebangsaan Bukit Jelutong....


Misi Musolla al-Iman

1. Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran surau bestari.
2. Meningkatkan sahsiah dan akhlak mulia para pelajar.
3. Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti kerohanian untuk warga sekolah.
4. Memupuk budaya cintakan musolla.
5. Mewujudkan persekitaran surau yang kondusif.
6. Membina hubungan baik dengan pihak yang berkepentingan


Sejarah Musolla al-Iman

Musollaal-Iman mula didirikan pada tahun hasil usaha2002. Surau ini dinaiktaraf dari semasa ke semasa hasil sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak secara rasmi dan tidak rasmi.


Fasiliti Musolla al-Iman pada tahun 2013

Musolla al-Iman sehingga tahun 2013 mampu menampung seramai  jemaah pada satu-satu masa dalam 2 ruang solat iaitu ruang solat muslimin dan ruang solat muslimat.

Antara fasiliti terkini di musolla ini ialah :

1)   Koleksi Kitab al-Quran, Surah Yaasin dan Ma'thurat
3)   Perpustakaan Mini
4)   Sudut maklumat dan info semasa
5)   Tandas dan tempat wuduk
6)   Karpet sejadah hasil program 'wakaf sejadah'
7)   Cermin 'diri'
8) 1 unit jam waktu solat

Harapan
Diharapkan agar Musolla al-Iman ini digunakan secara maksimum kerana fungsinya tidak sahaja untuk aktiviti-aktiviti keagamaan, malah sesuai untuk pelbagai kegiatan dan aktiviti yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.  Ia juga sebagai medan bagi mewujudkan ukhkwah dalam kalangan warga sekolah melalui pelbagai aktiviti dan program yang dilakukan di dalam surau ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan