SEJARAH

SEJARAH SURAU SK. BUKIT JELUTONG
Musolla Al Iman SK Bukit Jelutong mula beroperasi pada 03.01.2002, bersama dengan pembukaan SK Bukit Jelutong. Lokasi Musolla Al – Iman terletak di Blok A Sk. Bukit Jelutong. Pada awal penubuhan Musolla Al –Iman hanya diwakili  AJK guru seramai 9 orang sahaja. Manakala murid hanya 70 orang Islam. Guru Penasihat yang pertama ialah En. Mohd. Yunus binYusak.

Pada setiap Jumaat Musolla Al –Iman digunakan untuk bacaan Yassin oleh Murid Tahun 6. Selain itu setiap aktiviti yang berkaitan dengan Panitia Pendidikan Islam akan dijalankan disitu . Musolla ini hanya  dapat menampung murid seramai tiga ratus orang sahaja.
Setelah lima tahun beroperasi iaitu pada tahun 2007 Musolla ini telah mendapat sumbangan karpet dan rak Al-Quran  dari ibu bapa SK Bukit Jelutong. Pada tahun 2010 pula Musolla telah dinaik taraf dengan membuat laluan terus dari tempat solat ke tempat wuduk Bagi memudahkan untuk mengambil wuduk.Kini Musolla ini digunakan oleh guru Pendidikan Islam untuk aktiviti P & P terutam untuk Program JQAF.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan