Jumaat, 27 Jun 2014

Rahsia, Hikmah, Faedah dan ganjaran Berpuasa

Puasa ramadan adalah ibadah yang difardhukan Allah S.W.T. Maksud ibadah ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah S.W.T. dan menunaikan hak perhambaan kepada Allah S.W.T. tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa itu.

Setiap Hukum-hukum Allah S.W.T. semuanya mempunyai hikmah,rahsia dan faedah kepada hamba-hambaNya. Hikmah dan faedah ibadah puasa cukup banyak yang sebahagiannya diketahui oleh hambaNya, tetapi masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang islam ialah :
  • Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah S.W.T. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya dengan berlapar, jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi kesedarannya tentang ibadah puasa yang sedang dilakukannya menghalang dirinya memenuhi kehendak jiwanya dalam rangka mematuhi perintah Allah S.W.T. daripada pertentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah S.W.T. serta berterusanlah ingatannya terhadap rubuubiyah dan keagungan kekuasaan Allah S.W.T. Begitu juga dia akan sentiasa tunduk kepada hukum Allah S.W.T. dan mematuhi kehendakNya.
  • Ramadan adalah bulan suci jika dibandingkan dengan semua bulan yang lain. Allah S.W.T. menghendaki hambanya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna perhambaan kepada Allah S.W.T. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara itu apabila berhadapan dengan hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa makanan ke dalam pemikiran otak. Jadi pengsyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah S.W.T. dan melaksanakan kewajipan perhambaan kepadaNya.
  • Sesungguhnyab kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat keras dan 
  • menyuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua-dua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pengsyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.
  • Di antara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat islam ialah saling kasih mengasihi dan sayangmenyayangi sesama umat islam. Amat sukar bagi sikaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang sebenar tanpa merasai kesakitan, kepayahan, kepahitan, kelaparan dan penderitaan kemiskinan. Bulan ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikan hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya. 

  • Berikut adalah ganjaran berpuasa berdasarkan beberapa hadis :


Ahad, 15 Jun 2014

Doa menyambut kedatangan Ramadhan

Assalamualaikum.

Ramai di antara kita amat tidak sabar menunggu kedatangan Syawal berbanding para-para Sahabat Nabi SAW yang begitu gembira menunggu kedatangan Ramadhan dan akan mengalirkan air mata ketika mengiringi pemergian Ramadhan.  Kenapa mereka menangisi pemergian Ramadhan?  Kerana mereka tidak dapat memastikan adakah mereka akan bertemu dengan bulan Ramadhan di masa akan datang, kerana mereka tidak merasa puas dan cukup melakukan ibadah dengan berpuasa di siangnya dan menghidupkan malamnya dengan beribadah kepada Allah.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kesempatan umur untuk bertemu Ramadhan yang bakal menjelang ini dan akan dapat merebut kelebihan yang Allah hamparkan untuk kita bagi menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mampu mentarbiyyahkan diri untuk berhijrah kearah yang lebih baik.

Semua Allah memakbulkan doa saya dan kita semua agar sempat bertemu dan dapat merebut kelebihan di bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti...



Ya Allah... Izinkan kami berkesempatan bertemu Ramadhan  (3X)

Dan berikan Taufik HidayahMu agar dapat kami berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan beribadah

Dan dengan melaluinya (Ramadhan) jadikan kami dari golongan orang-orang yang dapat membebaskan diri dari nerakaMU

Dengan RahmatMu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Amiin...